PENAMPANG: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membolehkan siasatan lebih lanjut dapat dilakukan bagi mengetahui hal sebenar yang berlaku dalam isu berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
"Isu kedaulatan tidak boleh diputuskan oleh seorang saja, tidak boleh silap mengenai kedaulatan...apa yang berlaku dalam soal tuntutan Sulu di Sabah adalah sesuatu kita kena belajar .
"Kedaulatan adalah berkaitan sempadan, pulau, ia berkaitan banyak perkara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 'Justice On Wheels' di Dewan Gawir, Kampung Madsiang, di sini hari ini.
Katanya, RCI juga akan membantu kerajaan untuk mencari proses dan prosedur serta menentukan agensi mana yang bertanggungjawab dalam perkara melibatkan kedaulatan negara.
Beliau berkata walaupun Pasukan Petugas Khas telah mempunyai keputusan berhubung perkara itu namun ia masih di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan belum didedahkan kepada umum.
Azalina berkata RCI ini lebih terbuka dan rakyat perlu memahami geopolitik negara dan apa yang berlaku dengan kes Batu Puteh ketika dikendalikan oleh kerajaan sebelum ini tidak boleh berlaku ke atas pulau-pulau lain di bawah kawalan negeri atau persekutuan.
Justeru, katanya, kementeriannya akan membentangkan Akta Imuniti Negara pada persidangan Parlimen akan datang bagi memastikan negara mempunyai perlindungan daripada sebarang ancaman terhadap kedaulatan negara.
Semalam, mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan bersetuju menubuhkan RCI bagi mengkaji pengendalian perkara kes berkaitan kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir selatan.
Setiausaha Jemaah Menteri, yang juga Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata penubuhan RCI itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119) yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 25 2024
Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara. - Foto BERNAMA
Forum Air Dunia ke-10: Badan PBB gariskan dua acara untuk elak krisis air
ESCAP telah menekankan dua langkah yang boleh membantu memastikan kekurangan air bermusim, kemarau dan bencana berkaitan air tidak bertukar menjadi krisis yang berlarutan.
Kedutaan China lancar lagu khas sempena sambutan jubli emas Malaysia-China
Lagu berdurasi empat minit dan 19 saat itu telah dimuat naik di laman sosial Facebook rasmi kedutaan pada Selasa.
Nurul Izzah mahu 'berguru' dengan Mohd Azizulhasni, Muhammad Shah Firdaus
The Pocket Rocket Women mahu menimba ilmu dengan Azizulhasni Awang serta Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang berpengalaman.
Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP
Cadangan itu bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan, malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.
Rapid Bus, Volvo meterai MoU operasi percubaan bas elektrik
Rapid Bus Sdn Bhd dan Volvo Buses Malaysia menandatangani MoU pelaksanaan operasi percubaan bas elektrik baharu Volvo BZL-GML Eco Range.
Kerajaan mulakan usaha penggubalan Akta Keupayaan Mental
Kerajaan menerusi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memulakan langkah ke arah penggubalan Akta Keupayaan Mental.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
RCI Batu Puteh tidak boleh hukum mana-mana pihak - Azalina
RCI untuk mengkaji pengendalian kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan tidak boleh menghukum mana-mana pihak.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja urusan dalaman Malaysia - MFA Singapura
Menurut Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura (MFA) penubuhan RCI itu "adalah urusan dalaman Malaysia".
RCI Batu Puteh bolehkan siasatan lanjut - Azalina
Azalina berkata penubuhan RCI itu juga akan membantu kerajaan dalam proses dan prosedur berkaitan kedaulatan negara.
Jemaah Menteri setuju tubuh RCI kaji kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan,
Senarai nama jawatankuasa RCI siasat buku Tommy Thomas akan dikemuka kepada Agong - Zahid
Ahmad Zahid berkata, butiran senarai nama itu akan dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rasuah pekerja asing: LLRC gesa kerajaan tubuh RCI
Siasatan perlu dilakukan terhadap syarikat yang terlibat dalam sistem pengurusan, penyedia perkhidmatan dan agensi pengambilan pekerja asing.
Pengumuman agihan dividen TH tahun ini dijangka lewat - Menteri Agama
Tarikh pengumuman dan semakan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2022 dijangka sedikit lewat berbanding tahun lepas.
Agihan keuntungan Tabung Haji 2022 diumum awal suku kedua tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini selepas kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.
Jemaah Menteri setuju RCI ditubuh siasat buku Tommy Thomas
RCI bertujuan untuk mencari kebenaran, kemuka syor kepada reformasi institusi perundangan dan bukan untuk cari kesalahan mana-mana pihak.
Skandal LCS: Cadangan tubuh RCI telah dibawa ke Kabinet - Hishammuddin
Cadangan untuk menubuhkan RCI berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) telah dikemukakan ke mesyuarat Kabinet hari ini.